Anak kepada penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, Malaika, 14, dilihat gembira ketika dapat bertemu dengan bapanya selapas sesi sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Kegembiraan dua beranak itu dirakam menerusi gambar yang dikongsi di akaun Instagram milik Yasin.

Menerusi hantaran berkenaan, IG yang diuruskan oleh keluarganya itu memaklumkan laporan kimia sudah selesai dan sebutan kes akan berlangsung pada 6 Julai depan.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya di media sosial yang memberi pelbagai reaksi komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasin Sulaiman (@yasinsulaiman)


“Hari ini sebutan kes Yasin di mahkamah. Alhamdulillah laporan kimia sudah siap dan tarikh mahkamah yang seterusnya ialah pada 6 Julai, dua minggu dari hari ini (semalam).

“Rambut Yasin digunting oleh Barber Shop Hafis Kedah, rakan tahanan di Sg Buloh,” tulis keterangan yang dikongsikan dalam kapsyen itu.

Muhammad Yasin didakw4 di Mahkamah Majistret, pada 31 Mac lalu, atas tudvhan mengedar dad4h jenis ganj4 anggaran berat 214 gram di kediamannya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Berikutan itu, tertudvh didakw4 mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dad4h Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penj4ra seumur hidup atau gantung sampai m4ti dan sekiranya tidak dihukum m4ti hendaklah diseb4t maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.