Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim selesai menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang baru-baru ini dan mendapat kerjasama dari Institut Penyelidikan Penyakit (IMR) berhubung peny4kit mist3ri yang melandanya.

Kazim ketika dihubungi berkata, menurut laporan yang dikeluarkan oleh IMR, pihak mereka tidak mendapati sebarang jangk1tan kum4n atau virvs ketika menjalankan ujian terhadap sampel kulitnya itu.

“Saya baru menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang dan mendapat kerjasama daripada pegawai di Institut Penyelidikan Penyakit (IMR). Saya juga dah dapat keputusan dar4h dan berkenaan dengan s4kit saya baru ini.

“Pihak IMR sudah mengeluarkan laporan tentang kulit saya dan ia neg4tif daripada sebarang bakt3ria, virvs, ‘scabies’ dan juga parasit. Jadi, saya tengah tunggu keputusan biopsi yang dilakukan oleh pihak hospital.

“Mereka dah ambil sampel kulit saya dan memang tak ada sebarang bakt3ria, virvs dan sebagainya di kulit saya itu. Kita tunggu satu lagi keputusan biopsi daripada pihak hospital,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila rawatan yang dijalankan sebelum ini sudah mula menampakkan hasil positif terhadap luka pada kulitnya itu.

“Setakat ini tak adalah perubahan yang drastik, cuma kulit saya sekarang dah kering, luk4-luk4 dah kering cuma meninggalkan parut saja.

“Daripada sebelum ini dah nampak banyak perubahan. Kalau dulu tiba-tiba keluar dar4h daripada badan, sekarang alhamdulillah nampak baik dan tak ada lagi dah dar4h yang keluar. Dalam perkembangan lain, Kazim lega apabila dia dapat kembali turun ke lapangan bagi meneruskan kerja-kerja dakwah seperti sebelum ini dan perlu memenuhi beberapa undangan dari stesyen televisyen.

“Alhamdulillah, esok saya akan ke Langkawi selama tiga hari, kemudian ke Pulau Pinang sampai hari Ahad dan Insya-Allah pada 30 Jun ini saya akan bersiaran langsung di Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

“Seterusnya 1 Julai di program Tanyalah Ustaz TV3. Alhamdulillah saya dah boleh bergerak macam dulu balik walaupun dalam 70 ke 80 peratus saja. Tapi saya tetap bersyukur pada Allah,” katanya.

Terdahulu, Kazim mengalami sakit misteri sehingga mengakibatkan luk4 dan pendar4han tervk pada kulitnya.

Setakat ini, seramai 15 orang doktor pakar dan 10 orang pakar perubatan Islam yang hadir memberikan rawatan terhadapnya.

Sumber: Harian Metro

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.