Pelawak dan penyampai radio Era popular Johan mengulas isu berkenaan dirinya yang tular kira-kira sebulan lalu ketika memberi pertolongan kepada sebuah keluarga yang tersidai di bahu jalan.

Menurut Johan ketika dirinya terlihat situasi itu, dia hanya terbayang akan situasi yang sama jika terjadi kepada anak dan keluarganya.

“Bila saya tahu video itu viral saya hanya berdoa, semoga segala kebaikan yang diberikan kepada saya berbalik kepada semua yang mendoakan dan sejujurnya saya tak sangka perkara itu akan vir4l.

“Terdetik dihati saya untuk berhenti kerana saya ternampak ada budak, kalau tiada budak di situ mungkin saya tidak akan berhenti.

“Saya tolong mana yang mampu, saya kata mungkin saya boleh ringankan beban dia untuk hantar isteri dan anak-anak dia balik terlebih dahulu.

“Saya bantu untuk tidak mengharapkan apa-apa bantuan, tapi saya percaya setiap perbuatan ada balasan.

“Jika suatu hari, anak-anak saya dalam kesusahan mungkin akan ada orang lain pula yang tolong anak saya,” kata ayah kepada 6 cahaya mata itu.

Rentetan tular video tersebut, ramai yang berpendapat Johan mempunyai hati yang mulia dan pastinya dia juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anaknya.

“Saya diluar lain, yang anda semua jumpa saya, saya ialah Johan, jika di rumah saya seorang bapa, seorang kawan, seorang guru kepada anak-anak saya.

“Bila minta mereka melakukan kerja sekolah saya sebagai bapa, bila mengaji saya akan mengajar maka saya sebagai guru, bila bermain saya sebagai kawan.

“Sebenarnya saya agak tegas bila dirumah, saya akan ajar anak saya menguruskan rumah seperti basuh baju, sidai kain, sapu sampah, rapikan bilik tidur dan sebagainya.

“Ada sebab dan tujuan saya mengajar anak saya sedemikian, sebab saya percaya mereka akan praktikkan perkara itu jika mereka masuk ke asrama.

“Saya percaya semua itu mesti bermula dari rumah dan saya langsung tidak peduli bila orang kata cara kami dan cara mereka berbeza.

“Konsep saya, My house my rules,” tambah pelawak itu.

Johan ditemui ketika sidang media Ceria Popstar Xtra minggu lalu. Johan akan bertindak selaku juri tetap bersama Mas Idayu. Ceria Popstar Xtra mula bersiaran pada 29 Jun, setiap Rabu menerusi saluran 611, Astro Ceria.

Sumber: Gempak

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.